Massalamah Urdun..

>> Friday, December 18, 2009

Saat ini, Jordan berada kira2 1600km di belakang saya.Flight Emirates Airbus 330-A membawa saya membelah angkasa raya Jordan,menuju ke Dubai kira2 jam 11.15 pagi tadi (waktu Jordan)..Kira2 3 minggu yang lalu, telah diumumkan natijah imtihan syamil.Alhamdulillah, kali ini saya najah..Bermakna kini,saya dengan rasminya telah menamatkan pengajian peringkat Master (Fiqh wa Usul) setelah 2tahun 3 bulan bertungkus lumus dengan tugas2 seorang pelajar Sarjana..

Selepas ini,tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pula perlu saya lakukan kepada para insan yang dahagakan ilmu di tanah air tercinta.Mudah-mudahan Allah permudahkan semua urusan saya..

Pesan Guru

"Muhyiddin,bertakwa kepada Allah, kamu perlu berkhidmat untuk umat Islam di Malaysia,luangkan masa untuk perdalamkan ilmu tentang Feqah dan bidang kamu, perkemaskan Bahasa Arab, istiqamah dengan wirid dan amalan yang boleh meningkatkan ubudiyah kamu terhadap Allah, gabungkan diri dengan gerakan Islam..". Inilah antara pesanan guru2 saya di bumi Jordan, tatkala nasihat dari mereka saya pinta sebelum berangkat ke tanahair tempoh hari.

Kepada rakan2 dan sahabat2 yang masih berada di sana, semoga kejayaan mengiringi kalian..Amin

Dubai,
9.00 malam

Read more...

Nauzubillah...Padah Maksiat

>> Monday, December 7, 2009






Salam semua...Gambar2 ini saya petik dari salah sebuah blog yang memaparkan mayat-mayat yang rentung dalam kejadian kebakaran kelab malam di Thailand..Dua tiga hari lepas ada berita kebakaran kelab malam di London,100 orang terbunuh..kesian,mereka mati dalam keadaan tengah melakukan maksiat di hadapan Allah..Api di dunia,panasnya sudah mampu merentungkan badan manusia yang kerdil lagi hina ini..Cuba bayangkan api neraka akhirat.

Sabda nabi: "Sebaik-baik manusia adalah yang panjang hidupnya dan baik pula amalannya"-Hadith riwayat Tarmizi.

Semoga hari2 kita dipenuhi dengan amalan kebajikan.Berzikir,bantu orang susah,derma kepada masjid,solat awal waktu,baca Al-Quran dan pelbagai lagi amalan yang boleh dilakukan sepanjang waktu..

Adios

Gambar ihsan dari blog YB Zul

Read more...

Khasiat Mandi...Mandilah Selalu

>> Saturday, December 5, 2009


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Oleh : ahmad mohni
Picture by Dragonfly3228
Dinukil dari : idhamlim.blogspot.com

Read more...

Puluhan Ribu Rakyat Berhimpun Sokong Kepimpinan Tok Guru

>> Friday, December 4, 2009


Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.

Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.

“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.

Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.

Sumber: Harakahdaily






Read more...

Selamat Kembali Kepada Para Hujjaj Warga Malaysia di Sweileh

>> Tuesday, December 1, 2009

Saya ingin mengucapkan selamat kembali ke Sweileh kepada sahabat2 warga Malaysia yang baru sahaja tiba dari menunaikan haji...Ucapan ini ditujukan khusus kepada Bayt Abu Ahmad (Ust Mujahid & Kak Ina), Bayt Shahrul (Ust Shahrul & Usth Marwa), Bayt Zulkifli (Abg Zul n Kak Yuslina), juga kepada ahli Bayt A'zab (Khairi)...Semoga mendapat haji mabrur, dosa yang diampuni dan perniagaan akhirat yang tidak rugi..Mengikut cerita Khairi,perjalanan dari Mekah ke Amman memakan masa selama 4ojam..Masyaallah..

الحج المبرور ليس له الجزاء إلا الجنة

Read more...

Coret-coret Aqabah di Pagi Aidiladha

>> Monday, November 30, 2009

"Allahumma harrir al-Aqsa min aidil Yahuud!!"..Demikian doa pertama yang dilafazkan oleh khatib Masjid Aqabah al-Kabiir pagi ini sejurus menapak ke pentas mimbar bg menyampaikan khutbah Aidiladha..Tahun ini saya meraikan Aidiladha di pinggiran Bandar Aqabah bersama teman musafir saya, Cikgu Azmi yang merantau jauh dari bumi Kedah bg mempelajari Bahasa Arab.Setelah menyimpan hasrat selama 2 tahun,rezeki saya untuk ke Aqabah menjelang tiba pada 10 Zulhijjah.Niat saya untuk membawa isteri ke sini tahun lalu turut tidak kesampaian lantaran kekangan kelas2 pengajian Master yang padat itu..

Pantai Aqabah...ia adalah kawasan pelancongan yang dibahagi kepada 2 negara iaitu antara Jordan & Palestin Muhtallah (Israel).Susur arah selatannya boleh membawa anda sampai ke sempadan Arab Saudi dan Mesir..Jajahan takluk 2 negara ini hanya dipisahkan oleh perenggan diraja yang menempatkan kediaman Raja Faisal,adik kpd Raja Abdullah II Jordan sekarang.Dari sebelah Aqabah Jordan,jelas kelihatan bangunan pencakar langit bandar di bawah rompakan Israel yang zalim itu.

Bandar Rompakan Israel di Persisiran Laut Aqabah

Persisiran Aqabah Bahagian Jordan

Saya dan cikgu Azmi berkesempatan menaiki
Qarib Zujaj (perahu berkaca) selama 1jam dgn kadar 15 dinar..Dari perahu ini bolehlah tgk marjan (terumbu karang) dan samak mulawwan (ikan warna warni) yang mendiami dasar laut Aqabah..Kewujudan sebuah kereta kebal Israel yang ditenggelamkan sebagai tukun terumbu karang menarik perhatian saya.Mengikut cerita Muhammad si pemandu perahu itu,kereta kebal ini dimusnahkan dan ditawan ketika meletusnya peperangan Karamah antara Jordan-Israel sekitar tahun 1967..Kesudahannya,Israel tewas di tangan tentera Arab Jordan (Jaisyh Hussein Arabi).Sehingga kini,kemenangan keramat ini akan diraikan oleh negara Jordan saban tahun.

Pelayaran kami dengan
Qarib Zujaj ini turut melewati sempadan perairan Israel.Awas,di hujung sana terdapat tentera perompak Yahudi yang sedang berkawal..Dari sempadan ini, bangunan2 bandar rompakan Israel semakin jelas kelihatan.

Laut Aqabah

Qarib Zujaj @ Perahu Berkaca

Saya dan Muhammad si Pemandu Bot

Kereta Kebal Israel yang dijadikan apartment terumbu karang



Kisah Bandar Ayla di Aqabah

Sesudah solat Aidiladha, kaki sy meneruskan tapakan ke Bandar Ayla yang berhampiran dengan Hotel Moveinpick.Kalau nak tau,Ayla ni adalah nama bandar Islam lama di Aqabah yang diasaskan oleh Khalifah Saidina Uthman al-Affan pada tahun 650M.Bandar ini berfungsi sebagai bandar perdagangan dan perantara dalam menyebarkan Islam ke Benua Afrika..Nak habaq lama tak lama,struktur bangunan bandar ini pun dah tenggelam dalam tanah.Ia hanya ditemui semula pada tahun 1986 oleh seorang ahli arkeologi Inggeris dari Universiti Chikago..Lani depa dah hentikan penggalian,jd yang boleh dilihat hanya sebahagian struktur bangunannya.Kalau sapa2 rajin,mungkin boleh tolong gali lagi sampai kelihatan seluruh struktur Bandar Ayla.

Bandar Ayla Aqabah

Bandar Ayla di dalam timbunan tanah

Penginapan di Aqabah

Bagi rakan2 yang nak mai Aqabah,jgn runsing tentang penginapan.Hampa buleh pilih samada nak duduk di hotel mahai,sederhana atau kos murah.Waktu mai sini,saya dan Cikgu Azmi duduk di Hotel al-Jamil (12JD semalam)..Tapi yang ni hotel low class, sesuai untuk pelancong low-budget mcm kami..Rupa tak seindah nama.Hotel ja nama Jamil tapi dalam bilik musyh jamil.Selimut pun dah mcm berzaman tak dibasuh.Nak buka TV hampa kena tekan2 loket fius sebab loket pun dah nak tercabut keluaq.Nasib baik suhu Aqabah tak sesejuk Amman,klu tak kami mmg dah mati kesejukan.Tapi kami tetap bertuah kerana kedudukan hotel ni mmg dekat dgn Masjid Aqabah Kabir (sekitar 50M),di samping dekat jg dgn pantai..Kira ok la tu..

Fundouq Jameil,Tengok Luar dah Tahu Macamana Keadaan Dalamnya

Pengangkutan ke Aqabah

Kami mai naik bas dari Amman.Ada trip oleh Sayrikat al-Mutamayyez dan Sayrikat Jett.Pejabatnya di Abdali...Tambang bas al-Mutamayyez 10 JD saja pi dan balik.Tapi,bila naik bas hidung harus sanggup tahan dengan asap rokok pak-pak dan mak-mak Arab yang tak bertamadun.Jenis depa ni,dalam bas berhawa dingin pun hamtam rokok.Kalau calet minyak wangi kat baju,keluaq ja bas, konpom bau rokok..Pilihan yang lain,boleh sewa kereta ke Aqabah kalau bilangan ramai..Dari Aqabah plak,klu nak mengembara lagi,ada pilihan untuk ke Wadi Ram dan Petra menaiki coaster.Tambang ke wadi Ram dalam 3JD dan ke Petra 5 JD..


Jordan Royal Yatch


Rakan Musafir saya, Cikgu Azmi berlatarbelakang Masjid Aqabah Kabir


Signboard Aqabah City

Menjelang Zohor,
Sweileh, Jordan

Read more...

Berakhirnya Suatu Ujian..

>> Monday, November 23, 2009

Setelah sekian lama menunggu,alhamdulillah akhirnya semalam (22 Nov 2009) tamatnya Compress Exam @ Imtihan Syamil saya..Dah menjadi tradisi agaknya dalam mana2 imtihan,bilangan pelajar yang taqdim tak ramai.Kali ini 4 orang pelajar sahaja..Saya dan 3 lagi kawan2 arab. Usaha sudah,baca pun sudah,jawab pun sudah..Sekarang masanya untuk bertawakkal kepada Allah,mudah-mudahan saya dan rakan2 yang lain najah.Keputusan hanya diketahui 2minggu dari sekarang.

Dalam imtihan ini, seorang rakan saya, Abdullah namanya, turut serta.Kasihan saya tengok dia.Dia sebenarnya mengidap penyakit kanser sendi.Dalam keadaan serba lemah dia gagahkan juga mai periksa..Saya kenal Abdullah ni agak lama,kira2 setahun yang lalu ketika kami sama2 menghabiskan subjek wajib Master Feqah wa Usul..Katanya pada saya, 2 kali dia jawab periksa dalam wad,waktu itu dia diserang penyakitnya..Takpala,apapun Pak Lah aku doa hang najah jugak..

Allahumma 'allimna ma yanfa'una, wanfa'na bima 'allamtana..Amin

Mengisi ruang malam,
Sweileh, Amman

Read more...

Nukilan Abu Dhabi 2

>> Tuesday, November 10, 2009

Alhamdulillah..saat menulis entri ini saya sedang transit di Abu Dhabi International Airport setelah menaiki flight selama 7 jam dari Kuala Lumpur..Insyaallah flight seterusnya ke Amman Jordan adalah pada jam 9.00pagi nnti waktu Abu Dhabi.

Kepulangan saya ke Jordan adalah bertujuan untuk menduduki Imtihan Syamil kali ke 2,setelah berehat selama 3bulan di bumi Malaysia..Mudah2an Allah mempermudahkan urusan saya nnti.Imtihan syamil ini adalah ujian khas untuk para pelajar Master di University of Jordan yang memilih pengajian secara Coursework..Alhamdulillah juga Allah memberi kesempatan waktu kepada saya untuk menghabiskan bacaan kitab2 muqarrar beberapa kali yang berjumlah 14 buah kitab semuanya...Susah jgk ya nak pujuk diri untuk jd rajin terutama nak telaah kitab turath arab yang tulisannya kecik2 macam cacing kerawit,ditambah pulak dengan stail penulisan kitab turath yang banyak haasyiah..Mmg tak dinafikan ada ketikanya diri saya sendiri tewas kerana malas.Tp,demi untuk menamatkan jgk pengajian Master yang sudah hampir penghujung,saya gagahkan jg diri mmbaca..

Ok,sekarang dah nak masuk waktu subuh..sy perlu segera tunaikan solat..takut terlepas waktu plak..Travel sorang2 ni ssh sket,brg2 kna awasi semua.Isteri saya plk terpaksa ditinggalkan lg untuk seketika krna beliau jg mmpunyai komitmen kpda kerjayanya sbgai guru.Apapun terima kasih sayangku atas kesabaranmu..Insyaalah knda akan pulang dgn kejayaan..amin

Coretan Subuh,

Abu Dhabi

Read more...

Apabila AL QURAN Berbicara Tentang Gempa Bumi Di Padang,Indonesia

>> Wednesday, October 7, 2009


Sambil mengisi ruang rehat petang tadi,saya sempat membaca entri menarik dari blog Ustaz Nasarudin Tantawi berkaitan gempa bumi di Padang, Indonesia..Saya memeriksa kembali fakta berkaitan waktu gegaran dan membandingkannya dengan ayat Al-Quran.Memang bertepatan!!..Mungkin maklumat ini suatu kebetulan.Yang penting,setiap kejadian sememangnya telah ditetapkan Allah berlaku..Semoga kita mendapat iktibar dari peristiwa ini..Saya letakkan entri tersebut di bawah...

........................................................

1. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

2. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

3. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

4. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

5. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

Ihsan dari blog Ust Nasarudin Tantawi

Read more...

Dedikasi Khas Buat Ayah..

>> Tuesday, October 6, 2009


Semalam 05 Oktober 2009,genaplah umur ayah 67 tahun..Entri ini ditulis khas untuk ayah yang tanpa penat dan jemu membesarkan saya dan adik beradik seramai 9 orang ..Sabtu lalu saya dan isteri berkesempatan untuk menziarahi ayah dan mak di kampung..Sempat juga berbual dan bertanya khabar mereka..Alhamdulillah ayah sihat,cuma mak yang agak uzur lantaran diuji Allah dengan sakit kayap dipinggang.Alhamdulillah juga,setelah hampir seminggu, kayap itu mulai kering.Saya belikan ubat Healin Gamat untuk diminum sebagai ikhtiar penyembuhan..Mudah2an mak cepat sembuh..

Dilihat pada wajah ayah, kedut2 tua sudah mula jelas kelihatan,kening,rambut dan janggutnya juga telah putih dipenuhi uban2 tua..Dulu,sewaktu kecil2,kira-kira saya masih seorang murid di sekolah rendah,saya akan mengikut ayah ke kebun getah setiap kali cuti sekolah.Niatnya cuma satu,menolong ayah di kebun yang luasnya tidak seberapa..Menaiki motosikal HONDA 70, tiba awal pagi di kebun, dihadiahkan pula dengan gigitan nyamuk dan pacat,saya memulakan tugas mencuci 'pot' getah..Bukan cuci dengan air,tapi dengan mengutip 'skerap' untuk dikumpulkan dan dijual di kedai Pak Long Bahari..Bila selesai tugas, biasanya ayah akan bagi upah RM2..Fuh,seronoknya tidak terkata.Duit itu saya selalunya akan masukkan dalam tabung..

Hari Jumaat pula, biasanya ayah akan ke dusun cempedak di tanah teroka berdekatan kaki rimba..Saya biasanya akan ikut juga.Namun di sini, 'jobscope' saya berbeza berbanding ketika berada di kebun getah. Di dusun, saya akan mengangkat pisau menebas, melibas pepohon paku pakis dan lalang yang menyesakkan mata.Namun,sekadar kudrat anak kecil sajela..Sesekali jikalau dusun dan 'clear',ayah akan suruh saya menyapu daun2 cempedak kering untuk dibakar..

Kini, saya sudah menjadi penjawat awam di Universiti Sains Islam Malaysia..Bila terkenangkan ayah yang begitu susah payah mencari rezeki menyara keluarga, saya insaf.Kesusahan itu mesti dijadikan MOTIVASI untuk terus berjaya dalam hidup.Bukan sebab untuk GAGAL!Meniti usia tuanya kini,ayah sudah 'pencen' dari kerjayanya sebagai penoreh getah.Cuma sesekala mengunjungi surau2 di kampung berdekatan untuk menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat setempat..Mudah2han usia ayah dipanjangkan dalam ketaatan.Ya Allah,ampunilah dosa kedua orang tuaku,masukkan mereka ke dalam SyurgaMU..

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK AYAHANDA!

Ayahanda Mohd Salleh bin Hj Hussain

Saya dan ayah ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Read more...

Tu la,lain kali hati-hati,jangan gopoh-gapah

>> Monday, October 5, 2009

Tu dia..sawang dan debu2 mula menyinggahi laman blog ini setelah hampir 3 minggu tidak mendapat belaian saya.Disebabkan broadband saya hilang tempoh hari,aktiviti surfing internet tergendala seketika..Macamana la broadband boleh hilang..Namun seingat saya,sewaktu saya dan isteri nak bertolak ke kuarters SMK Gulau (kediaman kami di Sik) haritu,saya letakkannya di atas bumbung kereta bersebelahan buku2 ulangkaji saya untuk imtihan syamil..

Bila dah sampai kuarters,buku aje yang ade,broadband plak entah kat mana perginya..Puas saya selongkar dalam kereta termasuk bawah kusyen,bonet,tapi tak ketemu..Adus,mungkin dek kekalutan saya nak kejar masa hantar isteri ke sekolah (maklumla hari Ahad ada perhimpunan pagi), saya hanya ambil buku,broadband tinggal je kat atas bumbung..Akhirnya,terpaksa la beli broadband baru.Tak pasal2 melayang RM249.00..Ditambah plak kos dapatkan semula simkad Celcom baru sebanyak RM5..Isteri pesan kat saya,tu la,lain kali hati2,jangan gopoh gapah dalam sesuatu perkara..dan satu lagi katanya,jgn dok biasanya diri letak barang2 atas bumbung kereta..aduhai isteriku,maafkan kanda..

Read more...

MENYANTUNI DAN MENDEKATI GOLONGAN 'BELAKANG MATI'

>> Tuesday, September 15, 2009








Tiba-tiba belakang bangunan PAS itu jadi tumpuan bak lebah mengerumuni madu. Tidak semena-mena kelibat para penghuni lorong gelap, golongan gelandangan serta marhaen, anak-anak pekerja seks, penagih dadah dan maknyah melabuhkan diri dalam sebuah program PAS.


Program yang berjaya menyatukan semua golongan daripada aneka jenis latar belakang. Daripada masyarakat bawahan, miskin ataupun yatim masing-masing bersama meluangkan masa beramah mesra dengan pimpinan PAS.Sama-sama bersila, bersimpuh dan bersentuh lutut tatkala menjamu selera ketika berbuka puasa.

Itulah keistimewaan dan keunikan program PAS yang diberi nama Semarak dan Semerak Ramadan PAS yang berlangsung buat julung kalinya petang semalam di belakang bangunan pejabat agung PAS Jalan Raja Laut. Ia berjaya melakarkan sejarahnya yang tersendiri dengan sambutannya yang cukup luar biasa dan luar jangka.

Sungguhpun, pada asalnya penat merempuh jalan raya yang sesak menuju ke pejabat PAS ini, namun hilang lelah tatkala melihat kehadiran orang ramai dan aktiviti yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. Lebih kagum kesungguhan para petugas menjayakan program ini, sungguhpun suasana Ramadan berbaki tujuh hari dan bakal melintasi Syawal tak lama lagi.

Bermula jam 2.00 petang, di bawah enam khemah 'berkipas' yang boleh menampung kehadiran lebih 200 orang, program dimulakan dengan membuka kaunter perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma daripada doktor dan pengamal perubatan alternatif yang didatangkan khas daripada Darussyifa, khidmat nasihat guaman syariah dan sivil daripada tiga peguam dan khidmat kaunseling daripada seorang pakar.

Selain itu, terdapat kaunter pusat khidmat wakil rakyat kawasan Titiwangsa bagi para pengundi untuk mengajukan masalah setempat dan kaunter daftar Ahli PAS dibuka bagi yang berminat.

Mengkagumkan, semua kaunter dipenuhi dengan orang ramai yang berhajat tanpa rasa segan dan silu. Tanpa kecuali Harakahdaily juga sempat menjengah satu persatu kaunter yang dibuka bagi mendapat beberapa info untuk menambah ilmu diri.

Seperti di Kaunter Guaman, Harakahdaily dimaklumkan bahawa antara aduan, kes ataupun masalah yang dirujuk lebih tertumpu kepada hal ehwal rumah tangga seperti nafkah pencarian, tuntutan harta, cerai berai dan melibatkan ibu tunggal yang bermasalah.
Kaunter ini, diselia oleh peguam Ahmad Zamri dan Marlina Amir.

Terdapat pameran informasi undang-undang turut dipaparkan di belakang khemah bagi orang ramai mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan antaranya seperti urusan pembahagian harta, keadilan kes rumah tangga dan juga hak-hak yang wajar diketahui umum. Tanpa kecuali risalah dan pamplet berkaitan juga turut diedarkan.

Menarik perhatian, apabila seorang remaja lelaki cuba mendapatkan rawatan bengkak kaki daripada Ustaz Mohd Ali Jamil daripada Darussyifa. Bukan itu sahaja, beberapa orang bukan Islam juga turut mendapatkan khidmat nasihat Ali Jamil yang diberikan secara percuma juga.

Kaunter kesihatan juga tidak menang tangan dibuatnya, apabila hadirin cuba mendapatkan nasihat para doktor yang bertugas berkaitan penyakit yang dihadapi seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Kira-kira jam 3.00 petang,pengacara majlis berbesar hati mengumumkan sejumlah 27 orang telah mendaftar sebagai ahli PAS, yang rata-ratanya terdiri daripada remaja dan pemuda sekitar usia 18 sehingga 30 tahun.

Terdapat dua tabung disediakan di dalam khemah bagi orang ramai yang berhajat menyumbangkan dana untuk disalurkan bagi tujuan aktiviti "Kami Prihatin" anjuran Parlimen Titiwangsa seterusnya untuk golongan yang kurang bernasib baik. Mencuri perhatian orang ramai apabila seorang warga emas berbangsa Cina, menderma sejumlah wang ke tabung tersebut.

Sungguhpun, hujan lebat mula membasahi pekarangan kawasan program namun semangat dan keinginan orang ramai khususnya penghuni lorong 'belakang mati' untuk merapat dan mendekati, tidak patah bahkan semakin menyemarak untuk menyertai aktiviti yang sedia ada.

Tidak dinafikan, di belakang lorong, terdapat juga beberapa orang penghuni yang agak segan dan malu-malu alah untuk menjengah sungguhpun dialu-alukan oleh pengacara dari masa ke semasa.


Ada yang meninjau dari balik belakang bangunan, mengintai dari tepi dinding dan tingkap. Ada yang mahu tapi malu.

Setelah agak lama memerhati ragam hadirin, Harakahdaily sempat beramah dan berkongsi cerita dengan dua orang saudara baru yang begitu kagum dengan program yang dianjurkan oleh PAS ini.

Bagi Muhd Ali Beh Abdullah, 53 yang berasal dari Miri Sarawak dan Muhd Hassan Che Peng Abdullah, 35, program ini wajar diteruskan dan dijadikan acara tahunan kerana aktiviti yang dijalankan begitu bermanfaat buat masyarakat khususnya saudara baru seperti mereka yang dahagakan ilmu.

"Saya minat Islam bila pergi masjid dengan kawan-kawan melayu. Bila saya cuba-cuba sembahyang, hati sangat tenang," kata Hassan yang memeluk agama Islam, 4 bulan lalu.
Sungguhpun begitu, kedua-dua mereka melahirkan rasa kecewa dengan layanan yang diberikan oleh dua agensi agama kerajaan yang dilihat tidak mengambil berat hal ehwal kebajikan saudara baru khususnya melibatkan zakat yang tidak mereka terima.
Mereka ini, adalah antara empat saudara baru yang hadir mengetahui program ini melalui iklan kain rentang yang dipamerkan di pejabat agung PAS itu.

Bagi Norliyana Zanar 16, yang hadir bersama empat adik-beradiknya yang lain, begitu seronok ketika dijemput oleh pihak penganjur untuk sama-sama memeriahkan program tersebut dan dia merupakan antara 18 anak yatim Kampung Jawa yang diraikan oleh PAS.
"Raya ini macam biasa dan ala kadar sahaja sahaja. Baju raya pun belum beli lagi," katanya yang telah kehilangan ayah tercinta kerana sakit asma semenjak dia tadika lagi.

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

Kelihatan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin; ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, Presiden Anak, Mazlan Aliman dan Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh antara pimpinan PAS yang 'menanggalkan' gelaran Dato' mahupun Yang Berhormat untuk sama-sama merasai 'kenikmatan' dan denyut nadi bersama golongan akar umbi ini.

Mereka sama-sama turun padang, berbuka puasa dengan makanan bungkus dan tidak kekok mereka menyapa orang ramai sambil bersalaman dan bertukar-tukar cerita antara satu sama lain.
Dengan juadah hidangan bungkus nasi tomato berlauk ayam, bubur lambuk dan kuih agar-agar membuatkan masing-masing begitu berselera sekali menjamu tatkala, azan mula berkumandang di ruang angkasa lorong Haji Taib dan Chow Kit itu.

"Program ini bagi mengeratkan hubungan dengan jiran kita dari lorong ini. Dengan sumbangan dan pemberian yang tak seberapa daripada PAS ini, walaupun tak dapat menyelesaikan semua masalah, sekurang-kurangnya dapat menceriakan Ramadan dan Aidilfitri mereka nanti, " kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Malam ini, malam bahagia mereka bagi anak-anak yatim, anak-anak pekerja seks, si fakir miskin,si jalanan dan golongan yang terjerumus ke kancah hitam, moga terbit rasa insaf diri setelah disantuni dan didekati PAS sendiri.

Kelihatan terbit raut bahagia dan teruja di wajah mereka kerana sudi dilayan dan dimesrai oleh PAS, sekaligus tidak dipinggirkan sungguhpun di balik tabir, hidup mereka dibaluti kelam dan suram.

Majlis dan program yang berlangsung selama enam jam dan berakhir 8.30 malam itu, telah mula mencebiskan nama PAS dan parti itu mula meniti dibibir mereka sejak dua tahun 'bertapak' di lorong ini.

PAS mula disegani, dan semakin ramai yang mahu mengenali. Dan slogan "PAS for All" dan "Negara Berkebajikan" membuktikan kebenarannya hari ini dan lorong ini semalamnya menjadi saksi!

sUMBER: hARAKAHDAILY

Read more...

CORETAN SEPERTIGA TERAKHIR RAMADHAN...

>> Saturday, September 12, 2009


Alhamdulillah, pagi ini baru saya berkesempatan untuk mencoret ruangan dalam blog ini..Sepanjang ramadhan ini masa saya agak terhad untuk 'membelek' laman blog sendiri..Antara sedar atau tidak ramadahan hanya tinggal kurang sepuluh hari untuk menyambut pulang kedatangan syawal.


Semalam (Jumaat) saya diminta untuk membaca khutbah di Masjid Kampung Padang, Pokok Sena, Kedah dan mengimami solat Jumaat. Khutbah saya semalam adalah berkenaan kelebihan sepuluh terakhir Ramadhan (al-'asyrul awakhir)..Di antara keistimewaan hari sepuluh terakhir ini adalah padanya terdapat Lailatul Qadar. Malam yang Allah sebutkan dalam al-Quran,ibadah yang dilakukan pada waktu itu adalah lebih baik dari seribu bulan, bersamaan 83 tahun 4 bulan..


Dalam sebuah hadith Riwayat siti Aisyah menyebutkan bahawa Nabi S.A.w apabila masuknya sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menggandakan amalan ibadah,menggerakkan ahli keluarga supaya sama menghidupkan malam2nya dengan ibadah, serta mengetatkan kainnya (kinayah kepada tidak bersetubuh)..


Mudah-mudahan kita juga turut tidak ketinggalan untuk merebut pelbagai kelebihan yang dijanjikan Allah pada bulan ini..Ibarat kalu kita pandukereta, pada masa ini kereta kita perlu dipecut sebanyak 190 KM/J..Kita berlumba2 dalam mengejar ganjaran pahala sebelum peluang ini tamat..


Catatan pagi,


Pokok Sena, Alor Star, Kedah

Read more...

Motivasi Diri: Sifat Kelembutan Rasulullah Dan Ujian Zaid bin Su'nah

>> Wednesday, September 9, 2009

Zaid bin Su'nah merupakan salah seorang pendeta Yahudi di Madinah. Beliau selalu mengikuti perkembangan tentang Rasulullah. Beliau yang membaca kitab Taurat memang mengetahui tentang sifat2 Rasululullah yang disebutkan dalam at-Taurat.Di antaranya Taurat menyatakan bahawa Rasululullah adalah utusan terakhir dan baginda berakhlak mulia.Semua ciri2 ini beliau tahu terdapat pada diri baginda kecuali masih ada 2 sifat yang disebut dalam Taurat yang belum jelas baginya pada syakhsiyah nabi, kerana beliau belum berpeluang menyelidikinya..

Pertama: Kelembutan dan sifat kasih sayang Baginda mengatasi kejahilannya
Kedua: Kelembutan dan sifat kasih sayang ini akan bertambah,dengan bertambahnya kejahilan

Akhirnya,Zaid bin Su'nah mendapat peluang yang dinantikan untuk membuktikan 2 sifat ini memang dimiliki oleh nabi..

Pada suatu ketika,datang seorang pemuda Badwi kepada baginda di MAdinah, mengadu kepada Baginda tentang ketiadaan makanan yang dialami keluarganya disebabkan kemarau dan masalah tanamannya.Pemuda tersebut meminta supaya Nabi memberinya makanan, sedangkan Nabi tiada makanan pada ketika itu untuk diberikan kepadanya.

Lalu Zaid bin Su'nah terus menawarkan kepada Nabi tamarnya.Rasululullah lalu berhutang tamar darinya, dan hutang itu akan dibayar dalam tempoh tertentu.Tamar itu lalu diberikan kepada pemuda Badwi tersebut.

Tetapi sebelum tempoh pembayaran hutang itu tamat,Zaid bin Su'nah telah datang kepada nabi,minta supaya hutang itu dilangsaikan segera.

Di waktu nabi sedang berbicara dengan para sahabat, Zaid terus meluru ke arah Rasulullah dengan begitu kasar, lalu menarik pakaian baginda dan bertempik: "Wahai Muhammad,kembalikan hak aku. Kamu dari Bani Hashim memang kaum yang melambat2kan bayaran hutang!".

Perbuatan Zaid ini mengundang rasa marah dalam diri Sahabat,ditambah pula beliau dari bangsa Yahudi yang amat dibenci.Saidana Umar lantas bangun lalu berkata: :"Ya Rasulullah,biarkan kepala Yahudi ini aku penggal!".

Sungguh pelik,Rasulullah hanya tersenyum dan membalas kata Umar:" Bahawa aku dan Zaid lebih berhak memutuskan keputusan dari kamu wahai Umar. Kamu Sepatutnya meminta aku supaya baik dalam tindakan, dan memintanya supaya baik dalam membuat penghakiman..Sekarang bawalah ia pergi ke Baitulmal dan berikan haknya,bahkan tambahkan lagi kerana kamu telah menakutkan2nya"..

Kalam ini telah mengagumkan Zaid bin Su'nah kerana Rasulullah boleh saja mengingkari tuntutannya tadi disebabkan tempoh pembayaran hutang masih ada. Baginda juga sepatutnya membalas dan menegur perbuatannya yang kasar serta melampau dalam meminta. Sebaliknya, baginda sekadar tersenyum,menandakan sifat kelembutan dan berlapang dada.

Zaid lantas bangun dan berkata: "Wahai Umar! sesungguhnya aku sengaja masuk bertindak secara kasar kepada Rasulullah bagi menguji dua sifat baginda yang masih aku ingin ketahui,sepertimana disebut dalam kitab Taurat..Sifat Santunan dan kelembutan baginda mengatasi kejahilannya dan semakin bertambah kelembutannya ketika bertambah kejahilan". Wahai Umar, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah"

Kisah ini dapat kita jadikan panduan berguna dalam hidup..Sentiasa berlapang dada sekalipun dilayan dengan cara kasar..


Sumber asal: Terjemahan bebas dari ((Kitab Anwar Ramadhaniyah)) oleh Dr Solah Abdul Fattah al-Kholidi

Read more...

SANTUNI GOLONGAN TERSISIH DALAM MASYARAKAT-DAKWAH ISLAM PRAKTIKAL YANG PERLU DITERUSKAN

>> Saturday, September 5, 2009



Sudah menjadi 'buah mulut' di kalangan mereka ini - si pengemis, si fakir, yang tidak berumah, penagih dadah, pondan, pelacur dan kanak-kanak 'lorong gelap' bahawa bangunan itu menjanjikan 'syurga' setiap hari Jumaat.

Selang 15 minit sebelum jarum jam pukul 6.00 petang, pintu kaca Pejabat Agung PAS mula dirapati dan dikerumuni mereka.


Mata masing-masing merenung tajam bungkusan-bungkusan plastik berlogo 'Hijau Putih' yang tersusun kemas di atas meja. Sudah tidak sabar rasanya, untuk mencapai satu, getus hati-hati yang 'geram'.

Mereka itu, golongan gelandangan yang memenuhi pekarangan bangunan PAS dengan satu tujuan - mendapatkan makanan percuma buat pengalas perut pada hari itu.

Baik Cina, Melayu, India dan pelbagai kulit warna, di sinilah lokasi mereka bertemu setiap penghulu hari itu. Ada yang sudah kenal antara satu sama lain - bersembang-sembang sambil bergurau,ada yang duduk sendiri-sendiri menunggu waktu tiba, ada yang mengusap-usap peluh di dahi anak yang dikendong dan ada yang teragak-agak malu untuk menghampiri bangunan itu.

Dengan nasi berlaukkan ayam masak kurma serta sayuran sebagai juadah, sudah cukup menceriakan mereka pada hari itu. Adakalanya menunya juga bertukar, ada masa bungkusan nasi itu diletakkan ikan goreng, telur rebus ataupun ikan masin. Biar apa pun sajiannya, mereka tidak ambil peduli. Yang penting perut hari itu telah diisi.

Dan inilah secebis kepuasan PAS dan para petugasnya, ketika melihat mereka begitu beselera sekali menjamu di kaki lima dan tepi tangga bangunan PAS sebaik sahaja mendapat makanan percuma itu.

Demikian luahan kegembiraan penyelaras makanan percuma Syaripuddin Mat Yatim, petugas Unit Amal dan beberapa kakitangan pejabat PAS kepada krew Harakahdaily kira-kira 5.30 petang, Jumaat lalu, sewaktu sedang sibuk membungkus dan menyusun juadah penuh nikmat itu.

Kerja-kerja amal dan sumbangan kecil ini, secara tidak langsung telah memancarkan nama PAS di pelusuk ibu kota dan ianya amat besar ertinya kepada golongan gelandangan ini.

Ini diakui sendiri, Mohd Rashid Othman 51, yang sudah dua tahun secara 'tetap', datang ke pejabat PAS ini, untuk mengambil makanan percuma. Dia yang yang tinggal di Setapak merasa bersyukur dengan sumbangan itu, yang sedikit sebanyak meringankan beban sesuap nasi, bagi dirinya yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Manakala seorang 'mak nyah',dikenali sebagai Ameera, 26 mendapat tahu agihan ini melalui rakan-rakannya,dan berjanji akan datang setiap Jumaat untuk mengambil peluang percuma itu.

"Insya-Allah saya akan datang sini seminggu sekali. Benda yang baik ini elok diteruskan dan bantu mereka yang perlukan seperti saya," katanya tersenyum simpul ketika disoal krew Harakahdaily.

Ya memang benar, selama dua tahun, semenjak 6 Julai 2007, PAS tidak pernah gagal dan culas pada setiap hari Jumaat, menyediakan makanan percuma kepada mereka yang dhaif ini dan secara purata, sejumlah lebih 200 bungkusan disajikan, namun adakala ianya tidak mencukupi.

Nurulhuda Muslim 30, sambil mendukung anaknya berusia dua tahun lebih, menyambut baik usaha yang dilakukan terutama untuk penagih dadah yang memerlukan bantuan makanan seperti dirinya.

"Baguslah... ada makan macam ini. Saya menagih dadah sudah 8 tahun dan tak kerja. Jadi hari ini dapatlah saya dan anak makan. Esok, akan cari tempat lain yang beri makanan percuma," katanya yang menagih dadah jenis 'Ice' dan enggan bergambar kerana khuatir 'diketahui' atau 'dikenali' keluarganya yang ada di Sabah.

Rupanya, Nurulhuda sudah 'arif', mencari makanan percuma yang diedarkan oleh persatuan dan kumpulan agama tertentu pada hari dan lokasi yang telah ditetapkan.

"Walaupun bukan kumpulan agama Islam yang beri makanan, tapi saya rasa makanan dibuat itu halal," katanya penuh yakin dan terus beredar segera ke pintu kaca Pejabat PAS untuk menunggu giliran.

Selain PAS, seperti yang diakui Nurulhuda, terdapat dua lagi lokasi makanan percuma di ibu kota yang turut mendapat perhatian, iaitu berhampiran sebuah gereja di Muzium Telekom pada hari Ahad manakala satu lagi di bangunan Baitulmal Wilayah Persekutuan di Kampung Baru pada hari Rabu.

Ini tidak termasuk kumpulan dan persatuan tertentu, yang mengagihkan makanan percuma secara 'mobile' atau bergerak, iaitu singgah di mana-mana lokasi,di mana golongan gelandangan ini bersidai ataupun melepaskan lelah.

Petang itu hujan begitu lebat, dan hanya sekitar 100 orang memenuhi ruang depan pejabat parti itu di mana pintu 'kaunter' makanan percuma akan dibuka tepat jam 6.00 petang. Tukang agih memberi sedikit taklimat ringkas kepada mereka agar, mengikut peraturan, kesopanan dan adab ketika mengambil makanan percuma itu.

"Kalau tak hujan, 5.30 petang dah penuh kawasan depan ni...ramai. Malah ada yang datang dua tiga 'round' untuk ambil makanan," katanya yang sudah 'masak' dengan aneka ragam mereka yang berpusu-pusu di sini.

Ditanya tentang maklum balas yang diterima ataupun 'keuntungan' yang didapati sejak dua tahun program edar makan percuma yang diilhamkan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan seorang penyokong parti itu, kata Abang Chem itu urusan tuhan yang menentukan.

"Setakat ini, tidak ada apa-apa. Kita beri, dengan niat ikhlas dan nak bantu. Selebihnya, dari sudut berubah atau gerak hati, Allah lah yang uruskan," katanya.

Bagi Syaripuddin adalah lebih baik, selain PAS, masyarakat dan golongan yang berada dapat turut serta dalam menyumbang dana untuk menjayakan dan melancarkan aktiviti yang dilaksanakan secara konsiten itu, di samping memperbanyakkan kuatiti makanan percuma ini.

Sedang, ditemubual Harakahdaily, dua wanita berusia sekitar 40 an' bertemu Syariffudin meminta jasa baik pihak PAS untuk datang ke rumahnya - flat berhampiran bangunan PAS itu, bagi meraikan majlis khatan anak mereka.

"Azamin, nampaknya inilah 'keuntungan' yang kita dapat buat pertama kalinya, kerana mereka dah mula kenal kita. Mereka minta bacakan doa di kenduri anaknya. Ini satu dakwah dan kejayaan," katanya dengan raut gembira dan berharap Harakahdaily juga turut serta di majlis itu.

Ketika Harakahdaily meninggalkan bangunan PAS itu kira-kira jam 6.30 petang, hati tersentuh, melihat kelibat beberapa orang sedang menjamu - nasi bungkus percuma PAS, dengan wajah ceria terpancar dan penuh semangat. Dan gelagat aksi Nurulhuda menyuap nasi ke mulut si kecil comel itu, lebih meruntun hati...

Sumber: Harakahdaily

Read more...

Isu Hukuman Sebat Ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno

>> Saturday, August 29, 2009

Isu hukuman sebat yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan meminum arak di tempat terbuka,merupakan isu yang sedang hangat dipaparkan di dada2 akhbar Malaysia akhir2 ini.Isu ini telah menarik pandangan banyak pihak lantaran yang menerima hukuman adalah seorang wanita..Isu ini juga amat menarik untuk diketahui kerana ia melibatkan penguatkuasaan undang2 Syariah yang selama ini diletakkan dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.Oleh kerana hukuman sebat rotan di antara undang2 sivil dan syariah berbeza,maka ia telah mencetuskan kekeliruan ramai.Artikel di bawah amat penting untuk dibaca berkenaan hukuman sebat terhadap peminum arak...
____________________________________

Oleh: Dato' Seri Abdul Hadi Awang


Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 - 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam.

Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !

Read more...

KHUTBAH RAMADHAN DARI RASULULLAH...

>> Friday, August 21, 2009


DARIPADA Salman al-Farisi katanya bahawa Rasulullah saw berkhutbah pada hari terakhir Syaaban sempena ketibaan Ramadan yang bermaksud:


“Wahai manusia! Sudah datang kepada kalian bulan agung, bulan penuh berkat, bulan dalamnya ada malam yang lebih baik daripada seribu bulan. “Allah mewajibkan kepada kamu ibadat puasa dan menghidupkan malam harinya sebagai amalan tambahan (sunat). Sesiapa yang pada Ramadan mendekatkan diri dengan amalan sunat, maka ganjarannya seperti orang melakukan amalan wajib pada bulan lain. “Dan sesiapa yang melakukan satu amalan wajib pada bulan ini, maka balasannya seperti orang yang melakukan 70 amalan wajib pada bulan lain. Bulan Ramadan adalah bulan sabar dan pahala kesabarannya adalah syurga.

“Bulan di mana wujudnya semangat tolong menolong dan bulan bertambahnya rezeki orang yang beriman. Sesiapa yang memberi makan berbuka puasa, maka diampuni dosanya, dibebaskan daripada api neraka dan mendapat pahala seperti pahala orang berpuasa tanpa dikurangkan sedikit pun.”

Sahabat berkata: “Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang yang berpuasa.”Sabda Baginda: “Allah akan memberikan pahala itu kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji kurma atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air.

“Ramadan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus daripada api neraka.

“Sesiapa yang meringankan beban kerja orang gajinya dalam Ramadan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan daripada neraka.“Hendaklah kamu memperbanyakkan mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat perlukan.

“Dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah pertama, mengucapkan Lailahillallah (tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah) dan kedua, mengucapkan istighfar (memohon ampun) kepada Allah.

“Dua perkara lagi yang sangat kamu perlukan itu ialah pertama, perbanyakkan memohon kepada Allah supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga dan kedua, kamu berlindung daripada-Nya azab api neraka.

“Selain itu, sesiapa yang memberi minum seseorang yang berpuasa (ketika berbuka puasa), Allah akan memberi minum kepadanya dari kolam aku (Kolam al-Kauthar) dengan sekali minum saja yang menjadikan dia tidak akan berasa dahaga selama-lamanya hingga dia masuk ke dalam syurga.” – (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah)

Read more...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...

Assalamualaikum kepada para pengunjung blog ini..Malam ini adalah malam 1 Ramadhan 1430 Hijriah.Alhamdulillah,1 Ramadhan tahun ini saya sambut di bumi Malaysia.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa, semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi umpama suatu kebun yang banyak ditanam benih2 kebajikan..Allah menjanjikan bahawa bulan ini adalah bulan dilipat gandakan pahala bagi setiap amal kebajikan yang dilakukan walaupun sekadar memberi minum seteguk aiur sejuk bagi orang yang berpuasa..Insyaallah,pahalanya akan kita petik di hari Akhirat nnt..

Sabda Rasululullah.."Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan keampunan, maka diampunkan dosa2nya yang terdahulu..

Ramadhan adalah bulan penyucian jiwa yang sebelumnya penuh dengan kekotoran..Ayuh,kita rebut peluang beramal di bulan ini!!

Read more...

FADHILAT AL-QURAN: JEJAKA KACAK TEMAN SETIA



Rasulullah S.A.W bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Munkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah S.A.W bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Janganlah tinggalkan Al-Quran. Kepada yang rajin membaca Al_Quran teruskanlah sampai ke akhir hayat, kepada sesiapa yang dah lama tak buka Al-Quran - jangan sampai Quran anda berhabuk/bersarang labah-labah atas almari dan kepada yang tidak tahu membaca Al-Quran tu pergilah mengaji jangan malu-malu walau dah berusia. Yang dah pandai pun pergilah juga mengaji membetulkan tajwid kita.

Read more...

BELAJAR MELATIH DIRI UNTUK BERSANGKA BAIK

>> Thursday, August 20, 2009

Masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari minda kita.

Lebih tepat lagi, ia datang dari minda separa sedar kita kerana semua emosi adalah dari minda separa sedar. Minda kita mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita.


Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita.


Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita.


Untuk itu, minda perlu dibentuk, diransang dan didorong menjadi positif.


Nak menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, terlebih dahulu kena ubah emosi menjadi cemerlang, menjadi warna positif kerana positif adalah sikap orang cemerlang. Silap ibu bapa adalah, mahu anak mereka cemerlang tapi tak menunjukkan sikap cemerlang di depan anak-anak.


Tak kira kita ni ibu bapa atau anak, sesuatu perlu dilakukan untuk kita merubah sikap. Positifkan diri supaya kita boleh mencapai kecemerlangan lalu membuat kita dikelilingi kegembiraan, kebahagiaan. Kesannya, dari situ kita boleh berumpa dengan pelbagai keajaiban. Kita akan berjumpa situasi-situasi menggembirakan, terjadi tanpa di sangka-sangka.


Jangan ambil remeh hal emosi, hal minda. Walaupun kedua-duanya hanya perkara kecil, tapi memberi kesan yang besar dalam hidup Anda. Belajar melatih diri untuk sentiasa bersangka baik, jujur dan mudah memberi maaf.

Bersangka baik sebaik yang mungkin, sekerap yang mungkin, selama yang mungkin.

Read more...

MUTIARA KISAH 4: Imam Ahmad Bin Hambal Dibelasah Dan Dipenjarakan

>> Monday, August 17, 2009

Imam Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Beliau adalah Imam yang keempat dari fuqahak Islam. Beliau memiliki sifat-sifat yang luhur dan tinggi. Ahmad bin Hambal dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164H. Beliau termasyhur dengan nama datuknya Hambal, kerana datuknya lebih masyhur dari ayahnya.

Ibnu Hambal hidup dalam keadaan miskin, kerana ayahnya hanya meninggalkan sebuah rumah kecil dan tanah yang sempit. Beliau terpaksa melakukan berbagai pekerjaan. Beliau pernah bekerja di tempat tukang jahit, mengambil upah menulis, menenun kain dan kadangkala mengambil upah mengangkat barang-barang orang. Beliau lebih mementingkan makanan yang halal lagi baik dan beliau tidak senang menerima hadiah-hadiah.

Ketika ia masih berumur 14 tahun, Ahmad bin Hambal telah belajar mengarang dan menghafal Al-Quran. Beliau bekerja keras dalam menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai seorang ulama yang sangat banyak ilmunya, Ibnu Hambal pun seorang yang teguh imannya, berani berbuat di atas kebenaran. Dia tidak takut bahaya apa pun terhadap dirinya di dalam menegakkan kebenaran itu. Kerana Allah memang telah menentukan bahawa setiap orang yang beriman itu pasti akan diuji keimanannya. Termasuk juga para nabi dan rasul yang tidak pernah lepas dari berbagai ujian dan cubaan.

Ujian dan cubaan berupa fitnah, kemiskinan, seksaan dan lain-lainnya itu selalu akan mendampingi orang-orang yang beriman apalagi orang yang menegakkan kebenaran. Demikian juga halnya dengan Imam Hambali, terlalu banyak bahaya yang dihadapinya dalam berjuang menegakkan kebenaran agama. Ujian itu datangnya bermacam-macam kadangkala dari musuh kita dan dapat juga timbul dari kawan-kawan yang merasa iri dengan kebolehan seseorang.

Imam Hambali berada di zaman kekuasaan kaum Muktazilah yang berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Pendirian ini begitu kuatnya di kalangan pemerintah, sehingga barangsiapa yang bertentangan pendirian dengan pihak pemerintah tentu akan mendapat seksaan. Sebelum Al-Makmun ini, yakni di zaman sultan Harun Al-Rasyid, ada seorang ulama bernama Basyar Al-Marisy berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Baginda Harun Al-Rasyid tidak mahu menerima pendapat tersebut. Bahkan terhadap orang yang berpendapat demikian akan diberi hukuman. Kerana ancaman itu akhirnya Basyar melarikan diri dari Baghdad.

Sultan Harun Al-Rasyid pernah berkata: “Kalau umurku panjang dan masih dapat berjumpa dengan Basyar nescaya akan kubunuh dia dengan cara yang belum pernah aku lakukan terhadap yang lain?” Selama 20 tahun lamanya Syekh Basyar menyembunyikan diri dari kekuasaan Sultan.

Tetapi setelah Sultan Harun Al-Rasyid meninggal dunia, kemudian diganti dengan puteranya Al-Amin barulah Syekh Basyar keluar dari persembunyiannya. Kembali ia mengeluarkan pendapatnya itu, bahawa Quran itu adalah makhluk. Al-Amin juga sependirian dengan ayahnya tidak setuju dengan pendapat tersebut. Ia mengancam berat terhadap orang yang mengatakan Quran itu makhluk.

Kemudian kepala negara pindah lagi ke tangan saudara Al-Amin iaitu Al-Makmun. Di zaman pemerintahan Al-Makmun inilah pendapat tentang Quran itu makhluk mula diterima. Al-Makmun sendiri telah terpengaruh dan ikut berpendapat demikian. Pada suatu kali oleh Al-Makmun diadakan pertemuan para ulama besar, untuk membincangkan hal itu, tetapi para ulama tetap berpendapat bahawa Al-Quran itu adalah makhluk. Al-Makmun mengharapkan supaya pendapat itu diterima orang ramai.

Pada masa itu satu-satunya ulama yang keras berpendirian bahawa “Al-Quran itu bukan makhluk?” Hanyalah Imam Hambali. Secara terus terang ia berkata di hadapan Sultan:“Bahawa Al-Quran bukanlah makhluk yang dijadikan Allah, tetapi ia adalah Kalamullah.”

Imam Hambali satu-satunya ulama ketika itu yang berani membantah, sedangkan yang lainnya diam seribu bahasa. Kemudian ia ditangkap dan dihadapkan ke hadapan baginda. Ia dipanggil bersama tiga orang ulama yang lainnya, iaitu Imam Hassan bin Muhammad Sajah, Imam Muhammad bin Nuh dan Imam Ubaidah bin Umar. Kedua ulama di antara mereka sama menjawab dan membenarkan pendapat baginda sementara Imam Hambali dan Imam Muhammad bin Nuh dengan tegas menjawab bahawa Quran itu bukanlah makhluk. Keduanya lalu dimasukkan ke dalam penjara. Setelah beberapa hari dalam penjara datang surat dari Tharsus yang meminta supaya keduanya dibawa ke sana dengan dirantai.

Kedua ulama tersebut betul-betul dirantai kedua kaki dan tangannya dan ditunjukkan di hadapan orang ramai. Kemudian dibawa ke Tharsus, sesampainya di sana keduanya dimasukkan ke dalam penjara. Kerajaan mempunyai seorang ulama besar bernama Ahmad bin Abi Daud, yang pandai berbicara namun lemah dalam pendirian.

Terhadap Imam Hambali mereka minta supaya dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya. Baginda raja menerima usulan tersebut. Lalu Imam Hambali dihadapkan depan raja dan ditanyakan tentang pendiriannya. Namun ia tetap menyampaikan pendiriannya bahawa Al-Quran itu ialah Kalamullah bukan makhluk. Dan ia menegaskan lagi bahawa ia tidak akan berubah dari pendiriannya itu.

Akhirnya terjadilah persidangan yang dipimpin oleh baginda sendiri. Kemudian baginda memanggil Imam Hambali dan berkata: “Atas nama saya sebagai kerabat Nabi Muhammad SAW saya akan memukul engkau beberapa kali, sampai engkau membenarkan apa yang telah saya benarkan, atau mengatakan seperti yang saya kata?” Kerana Imam Hambali masih tetap dengan pendiriannya, maka baginda memerintahkan kepada perajuritnya untuk memukul Imam Hambali.

Ketika cambuk yang pertama singgah di punggung beliau, beliau mengucapkan “Bismillah.” Ketika cambuk yang kedua, beliau mengucapkan “La haula walaa quwwata illaa billah” (tiada daya dan kekuatan apa pun kecuali izin Allah). Ketika cambuk yang ketiga kalinya beliau mengucapkan “Al-Quran kalaamullahi ghairu makhluk” (Al-Quran adalah kalam Allah bukan makhluk). Dan ketika pada pukulan yang keempat, beliau membaca surah At-Taubah ayat 51.

“Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kami.”

Sehingga seluruh badan beliau mengalir darah merah.

Akhirnya beliau dimasukkan ke dalam penjara kembali. Pada suatu hari ketika Imam Hambali dibawa ke Kota Anbar dengan tangan yang terbelenggu, seorang yang alim bernama Abu Ja’far Al-Anbari menghampiri beliau. Imam Hambali bertanya kepadanya: “Hai Abu Ja’far apakah engkau susah melihat keadaanku?” “Tidak wahai Imam, engkau adalah pemuka umat, kerana umat manusia ada di belakangmu. Demi Allah, bila engkau mahu menjawab bahawa Quran itu makhluk, pastilah umat akan mengikutimu, dan bila engkau tidak mahu menjawab, maka umat juga tidak mahu menjawab seperti apa yang ingin engkau jawab. Bila engkau tidak mati dibunuh orang, pasti engkau juga akan mati dengan cara yang lain. Maka janganlah engkau mahu menuruti kehendak mereka.”

Mendengar kata-kata Ja’far itu beliau mencucurkan air mata dan berkata: “Masya-Allah!, Masya-Allah!, Masya-Allah!. Kemudian beliau pun dikunjungi oleh bekas penjahat bernama Abdul Haitsam Al-Ayyar dan berkata kepada beliau: “Wahai Imam, saya ini seorang pencuri yang didera dengan beribu-ribu cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan saya, pada hal saya menyedari bahawa saya salah. Maka janganlah Imam gelisah dalam menerima dera, sebab engkau dalam kebenaran.”

Ketika Khalifah Al-Makmun meninggal dunia pada tahun 218H (833 M) setelah memerintah 20 tahun lamanya, yang mengganti beliau ialah saudaranya yang bernama Ishaq Muhammad bin Harun Al-Rasyid yang bergelar dengan Al-Muktashimbillah. Sebelum Khalifah Al-Makmun meninggal dunia beliau telah berpesan kepada bakal penggantinya itu bahawa faham Al-Quran itu makhluk harus dipertahankan.”

Kebijaksanaan kerajaan yang menyeksa para ulama yang tidak sependirian dengan faham kerajaan itu atas dasar hasutan seorang ulama kerajaan yang bernama Qadhi Qudhoti Ahmad bin Abi Daud (Daud). Ulama inilah yang memberikan usulan kepada Al-makmun bahawa jika Imam Ahmad bin Hambal tetap tidak mahu mengikuti bahawa Al-Quran itu makhluk hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat.

Setelah kerajaan dipegang oleh Al-Muktasim ulama Ahmad bin Daud masih tetap menjadi qadi kerajaan. Pada suatu hari Qadi kerajaan ini cuba mengadili Imam Hambali dengan melakukan perdebatan akhirnya Ahmad bin Daud kalah kerana tidak dapat mengemukakan alasan yang lebih kuat. Walaupun demikian Imam Hambali tetap dimasukkan kembali ke dalam penjara.

Pada bulan Ramadhan pengadilan terhadap Imam Hambali diadakan lagi. Khalifah Al-Muktashim bertanya: “Al-Quran itu adalah baru, bagaimana pendapat anda.” “Tidak!, Al-Quran adalah kalam Allah, saya tidak sejauh itu membahasnya kerana di dalam Al-Quran dan hadith tidak disuruh membahas soal tersebut.” Jawab beliau.

Beliau dicambuk sampai berdarah, pada hal ketika itu bulan puasa. Baginda berkata: “Kalau kamu merasa sakit dengan pukulan ini, maka ikutilah saya, dan akuilah bahawa Al-Quran itu makhluk, supaya kamu selamat.”

Penderaan pun terus berlangsung, sehingga beliau terasa bahawa tali seluar yang menutup auratnya putus dan hampir turun ke bawah. Beliau pun mengangkatkan mukanya ke atas sambil berdoa: “Ya Allah!, atas namaMu yang menguasai Arsy, bahawa jika Engkau mengetahui bahawa saya adalah benar, maka janganlah Engkau jatuhkan penutup aurat ku.” Ketika itu pula seluar beliau yang akan jatuh itu naik ke atas kembali sehingga aurat beliau tidak jadi terlihat oleh orang ramai.

Penyeksaan terhadap beliau itu baru berakhir setelah selesai maghrib. Para hakim dan orang- orang hadir kemudian berbuka puasa di hadapan beliau. Sementara beliau dibiarkan saja tidak diberi sesuatu makanan untuk berbuka. Demikianlah seterusnya, pada hari yang kedua pun beliau masih tetap didera sampai seluruh badannya mencucurkan darah. Pada hari ketiga beliau masih tetap didera sehingga pengsan.

Setelah Al-Muktashim meninggal dunia ia diganti dengan puteranya Al-Watsiq. Pada masa ini banyak penganiayaan dilakukan terhadap para ulama. Khalifah Al-Watsiq inilah yang memancung leher ulama terkenal yakni Ahmad bin Naser Al-Khuza’i. Kepala Ahmad bin Naser digantung dan diletak tulisan yang berbunyi: “Inilah kepala Ahmad bin Naser yang tidak mahu mengakui bahawa Al-Quran itu makhluk, maka Tuhan memasukkan Ahmad bin Naser ke dalam neraka, kepala ini menjadi peringatan bagi mereka yang memalingkan dirinya dari kiblat.” Demikianlah tulisan yang diletakkan dekat leher Ahmad bin Naser.

Kemudian Khalifah Al-Watsiq meninggal dunia dan digantikan dengan saudara beliau yang bernama, Al-Mutawakkil. Pada masa inilah dicabut tentang faham muktazilah dan diadakan pembebasan terhadap semua ulama yang ditahan, termasuk Imam Ahmad bin hambal. Sementara itu Imam Hambali setelah dibebaskan beliau diberi hadiah sebanyak l0,000 dirham, namun hadiah tersebut beliau tolak. Kerana dipaksa untuk menerimanya, akhirnya beliau terima dan dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Pada hari Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 H/855 M beliau meninggal dunia yang fana ini dengan tenang dalam usia 77 tahun. Setelah mendengar wafatnya beliau, seluruh Kota Baghdad menjadi gempar jenazah beliau disembahyangkan lebih dari 130,000 orang muslimin. Demikian berakhirnya riwayat seorang penegak kebenaran dan meninggikan ilmu pengetahuan, setelah melalui berbagai seksaan dan penganiayaan. Semoga mereka yang berjuang pada jalan Allah menjadi kekasih Allah, yang selalu mendapat keberkahannya dan keredhaanNya.

Banyak lagi mereka yang berjuang pada jalan Allah akhirnya menerima ujian dan cubaan dengan berbagai penganiayaan dan seksaan.

Firman Allah ertinya:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. “Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 2-3)

Read more...

MUTIARA KISAH 3: Imam Syafie Ditangkap Dan Dirantai

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghazzah , nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Iraq, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”
“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut.

Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP