Buka kembali Blog Yang Dah Berkarat

>> Tuesday, December 14, 2010

Lama betul tak dibuka blog ni.Semenjak meninggalkan bumi Jordan pada bulan 12 tahun lepas, selama itulah blog ini tidak terusik.Terkunci rapat di alam maya. Bila dah setahun tinggal, nak sign in blog pun dah tak ingat, password dah lama lesap dari ingatan..Terpaksa create semual password baru..Seingat saya, kali terakhir di update adalah ketika transit di Dubai dalam perjalanan menuju tanah air

Segalanya Berubah

Kini dan genap setahun saya berkhidmat sebagai pensyarah.Tanpa sedar, sudah masuk 3 semester saya mengajar. Anak2 murid semakin ramai..Dalam tempoh setahun ini juga banyak perubahan dah berlaku..1st skali sudah tentulah berat badan..Nampaknya semakin berisi...Kadang2 muka pun rasa temban.Kalau nak kira kuantiti makan, tak la banyak..Rasaya dulu makan lg banyak, tapi berat tak naik2.'menten' ja..tapi sekarang, walaupun kuantiti yang dimakan lebih sedikit, tapi isi koi bertambah..

Yang kedua, alhamdulillah, setelah kian lama menunggu akhirnya insyaallah penghujung bulan 12 ni saya akan menimang cahaya mata pertama.Perasaan?Sudah tentulah gembira tak terkata..Itu perasaan saya sebagai suami.Isteri pulak, agak risau apabila memikirkan sakitnya rasa bersalin nanti..Mudah-mudahan semua urusan dipermudahkan Allah.

Yang ketiga..sambung lain kali plak..heheh

Read more...

Massalamah Urdun..

>> Friday, December 18, 2009

Saat ini, Jordan berada kira2 1600km di belakang saya.Flight Emirates Airbus 330-A membawa saya membelah angkasa raya Jordan,menuju ke Dubai kira2 jam 11.15 pagi tadi (waktu Jordan)..Kira2 3 minggu yang lalu, telah diumumkan natijah imtihan syamil.Alhamdulillah, kali ini saya najah..Bermakna kini,saya dengan rasminya telah menamatkan pengajian peringkat Master (Fiqh wa Usul) setelah 2tahun 3 bulan bertungkus lumus dengan tugas2 seorang pelajar Sarjana..

Selepas ini,tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pula perlu saya lakukan kepada para insan yang dahagakan ilmu di tanah air tercinta.Mudah-mudahan Allah permudahkan semua urusan saya..

Pesan Guru

"Muhyiddin,bertakwa kepada Allah, kamu perlu berkhidmat untuk umat Islam di Malaysia,luangkan masa untuk perdalamkan ilmu tentang Feqah dan bidang kamu, perkemaskan Bahasa Arab, istiqamah dengan wirid dan amalan yang boleh meningkatkan ubudiyah kamu terhadap Allah, gabungkan diri dengan gerakan Islam..". Inilah antara pesanan guru2 saya di bumi Jordan, tatkala nasihat dari mereka saya pinta sebelum berangkat ke tanahair tempoh hari.

Kepada rakan2 dan sahabat2 yang masih berada di sana, semoga kejayaan mengiringi kalian..Amin

Dubai,
9.00 malam

Read more...

Nauzubillah...Padah Maksiat

>> Monday, December 7, 2009






Salam semua...Gambar2 ini saya petik dari salah sebuah blog yang memaparkan mayat-mayat yang rentung dalam kejadian kebakaran kelab malam di Thailand..Dua tiga hari lepas ada berita kebakaran kelab malam di London,100 orang terbunuh..kesian,mereka mati dalam keadaan tengah melakukan maksiat di hadapan Allah..Api di dunia,panasnya sudah mampu merentungkan badan manusia yang kerdil lagi hina ini..Cuba bayangkan api neraka akhirat.

Sabda nabi: "Sebaik-baik manusia adalah yang panjang hidupnya dan baik pula amalannya"-Hadith riwayat Tarmizi.

Semoga hari2 kita dipenuhi dengan amalan kebajikan.Berzikir,bantu orang susah,derma kepada masjid,solat awal waktu,baca Al-Quran dan pelbagai lagi amalan yang boleh dilakukan sepanjang waktu..

Adios

Gambar ihsan dari blog YB Zul

Read more...

Khasiat Mandi...Mandilah Selalu

>> Saturday, December 5, 2009


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Oleh : ahmad mohni
Picture by Dragonfly3228
Dinukil dari : idhamlim.blogspot.com

Read more...

Puluhan Ribu Rakyat Berhimpun Sokong Kepimpinan Tok Guru

>> Friday, December 4, 2009


Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.

Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.

“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.

Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.

Sumber: Harakahdaily






Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP