Menanti Tibanya Tetamu Yang Tidak Diundang...

>> Friday, July 31, 2009



'Allahuakbar allahuakbar,Laailahaillah...' Muazzin menghabiskan hembusan nafasnya ketika melaungkan azan kedua Jumaat di masjid sebentar tadi..Sebaik muazzin menyelesaikan tugasannya,Sheikh Jamal,imam pertama Masjid Abdul Rahman Auf mula melangkah kaki ke atas mimbar..Para jemaah yang memenuhi segenap ruang rumah Allah itu mula mengarahkan pandangan kepada beliau,seorang khatib yang begitu bersemangat ketika berkhutbah.. Kerap kali saya memerhatikan gaya penyampaian beliau setelah hampir 2 tahun saya menghabiskan umur di bumi Jordan..Gaya penuh semangat! Tanpa membawa sebarang teks khutbah,hanya berbekalkan ilmu di dada,tanpa memegang tongkat 'berkepala' kubah masjid, beliau memulakan khutbah dengan tenang tetapi bernada semangat..Suatu keadaan yang pastinya berbeza dengan cara penyampaian khutbah di Malaysia di mana lazimnya khutbah yang disampaikan terikat kepada isi teks khutbah,penuh kawalan,bimbang seandainya khatib membicarakan hal2 berkaitan isu2 sensitif walaupun ianya suatu kebenaran..
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Demikianlah ayat yang beliau bacakan sebentar tadi,yang bermaksud :

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari Qiyamah sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,dia meperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.." (ali Imran :185)

Sebaik melangkah keluar dari masjid,ayat ini terus memenuhi benak fikiran saya..Kematian..Ya,saat kematian yang begitu menggentarkan..Bagi insan2 yang begitu sedikit amalan soleh di sisi Allah,seperti saya.Kadangkala indeks parameter Iman meningkat dengan rahmat Allah,dan seringkali ia menurun dek dilalaikan dengan tipudaya dunia..Seperti yang selalu dibicarakan dalam ilmu Aqidah," al-Iman yazid wa yanqus".


Kematian itu..datangnya tidak pernah diduga..Apabila datangnya perintah Allah supaya dicabut roh, tiada siapa yang dapat menangguhkan atau mempercepatkan sekalipun tempohnya sesaat cuma.Ada orang yang mati ketika sedang menyampaikan ilmu Allah,ada yang mati sedang sujud,tidak kurang yang mati sejurus selepas mencuri dan berzina..Bagaimana andai ia datang sewaktu diri saya sedang bergulang dengan maksiat kepada Allah?Tanpa bekal amalan secukupnya?Ya Allah...

Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam benih-benih kebajikan,manakala hasilnya berupa pahala akan kita tuai di akhirat nanti..Masakan akan adanya buah, seandainya kebun kita gersang,tiada pepohon subur yang hidup. Dan mana mungkin dapat dituai buah yang lebat seandainya pokok yang ditanam itu kurus dan tidak cukup baca..Maka inilah umpamanya amalan kebajikan yang kita lakukan di dunia.Perlu dibuat penuh keikhlasan kerana Allah,tanpa mengharapkan redho manusia berupa pujian dan habuan keduniaan..

Kejayaan Hakiki Seorang Hamba

Seperti disebutkan juga oleh Sheikh Jamal tadi, kejayaan hakiki itu bukan diukur dengan adanya harta bertimbun,anak yang berdozen-dozen, mendapat kecemerlangan dalam akademik atau punyai rangkaian bisnes bernilai jutaan ringgit.Bukan itu! Tetapi kejayaan hakiki seorang hamba Allah adalah tatkala ia dilepaskan dari azab neraka dan berjaya memasuki syurga Allah dengan rahmatNYA di akhirat nanti..

Fikiran saya menerawang lagi mengenangkan beberapa rakan sepersekolahan yang telah pun pergi menghadap Ilahi..Mereka seusia saya,masih muda belia,namun ajal tidak mengenal usia..muda atau tua semuanya akan mati bila-bila masa..Alhamdulillah di saat ini saya masih lagi bernafas..namun entah bila pula akan tibanya giliran saya,menemui ajal.Semoga mati kita semua dalam husnul khatimah..AMIN


Sweileh,Amman






Read more...

Meratapi Episod Sebuah Larangan...

>> Tuesday, July 28, 2009



Suara azan dari corong menara Masjid Abdul Rahman Ibn Auf, Sweileh sayup-sayup kedengaran.Menjadi suatu fenomena biasa di seluruh Amman,Jordan, laungan azan akan berkumandang serentak berdasarkan azan radio..Di sini,muazzin hanya bertindak sebagai pembuka radio sahaja di samping tugas2 memastikan kelancaran sound system masjid.Ketika mula-mula menjejakan kaki di bumi Jordan,fenomena ini agak janggal bg saya..Masakan tidak,di Malaysia,kelunakan suara original muazzin yang didengari.Namun kini,keadaan ini sudah biasa bg saya di sini.Tidak mengapa,mungkin ada maslahahnya sehingga dibuat qarar sebegitu oleh Wizarah Auqaf Jordan.

Mengambil nama seorang tokoh sahabat agung Rasulullah, Abd Rahman Ibn Auf ,masjid ini terletak di tengah2 komuniti bangsa Palestin yang diusir keluar dari tanah air mereka setelah pencerobohan besar-besaran oleh tentera Israel pada tahun 1967..Mereka melarikan diri ke Jordan.Dahulunya,Sweileh ini hanyalah sebuah mukhayyam (kem berbentuk khemah) yang didirikan di tengah2 tanah tandus.Namun,setelah populasi penduduk semakin berkembang biak,rumah2 berbentuk bangunan batu dalam binaan 'ala kadar' mengambil alih khemah2 pelarian ini..Demikian mengikut cerita beberapa sheikh 'veteran' di sweileh yg sempat saya sembang2.

Fungsi Masjid Yang Disekat

Sahabat saya,Ust Yusrizal pernah bercerita,sewaktu Sweileh ini diwakili oleh wakil rakyat dari Jubhah A'mal Islami (dibawah naungan Ikhwan),suasana ilmu di masjid ini hidup.Ketenangan dan kedamaian amat dirasai apabila biah Islamiyah mengisi ruang hidup masyarakat yang terlalu dahagakan ilmu2 Allah.Ulamak2 hebat seperti Dr Humam Sai'd & Dr. Solah Ad Fattah al-Khalidi menjadi ikon pakar rujuk masyarakat.Kuliyah2 agama memenuhi waktu kosong di antara maghrib & isyak saban hari.Namun kini,keadaan itu telah bertukar menjadi sebuah memori yg entah bila akan muncul kembali..Kejahilan mula melatari jiwa2 penduduk lantaran tiada lg program pengisian & pembentukan rohani.

Dalam usaha membendung sokongan terhadap Jubhah Amal Islami yg kian meningkat, pihak kerajaan Jordan mengambil keputusan menyekat ruang2 utk menyampaikan dakwah kpd masyarakat.Ulamak2 Ikhwan tidak lg dibenarkan menyampaikan kuliyah di masjid2 seluruh Jordan,hatta di rumah mereka sendiri.Tersilap langkah,mereka blh merengkok dalam penjara,hasil risikan dr Mukhabarat (SB) Jordan.

Senario di atas mengingatkan saya kepada kata2 Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya : (KENAPA ISLAM?),tentang Islam yang semakin dinafikan haknya,walaupun di dalam masjid!Manakan tidak,bicara seorang khatib di atas mimbar masjid pun perlu ditapis2 .Bimbang andainya ada fakta2 sensitif yang blh menggugat pengaruh pemerintah,sekalipun ia suatu kebenaran.

Demikian keadaan yang berlaku di sebuah negara yang penduduknya hampir 100% Muslim..Kalaulah di dalam masjid pun Islam dinafikan haknya,apatah lg di luar masjid..Hakikatnya,formula2 sekular dlm pelbagai bidang yg terbukti kegagalannya lbh disukai oleh umat Islam akhir zaman..

Semoga Allah memberi kemenangan kepada kumpulan2 yang ikhlas dalam menegakkan agamanya.Amin..

Sweileh, Jordan


Read more...

Santai Rehatkan Minda..Kisah PDRM,CIA & FBI

>> Monday, July 27, 2009


CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buatlaa satu ujian utk mereka. Dia melepaskan seekor arnab ke dlm hutan dan menyuruh mereka mencarinya.


CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yg ada di dlm hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.

Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dlmnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi utk mati di dlm hutan itu.

PDRM pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dgn seekor beruang yg dah lembek sbb kena pukul. Beruang itu menjerit, 'OK, OK... aku arnab... aku arnab!!'

Moral: Untuk dilihat sebagai pasukan paling cekap,perkara palsu blh dijelmakan sebagai realiti..

Read more...

SAIDINA ALI DAN PEMINTA SEDEKAH

>> Sunday, July 26, 2009


Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?" Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

MORAL & IKTIBAR

  • Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.
  • Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi.
  • Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.
  • Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

Read more...

Kagumku terhadap Guru Buta..

>> Saturday, July 25, 2009

Sambil melayan cuaca pagi yang agak tenang di bilik,saya terkenangkan guru buta saya di jamiah al-Urduniyah...Ya,guru buta itu yang telah menjadi inspirasi dalam menyuntik semangat mencari ilmu Allah..

Sheikh Prof Dr Abd Majid as-Salahain,begitulah nama beliau.Rakan2 yang belajar di Qisim Fiqh & Usul,University of Jordan pasti mengenali insan istimewa ini..Beliau pernah menjawat jawatan Dekan Kuliyah Syariah selama 3tahun.Mula2 saya masuk kelas beliau di tahun pertama Master,terasa gementar.Masakan tidak,ramai rakan2 Arab yang mengatakan beliau ni syadid dalam pengajaran.Buktinya,ada kalangan mereka yang rasib biar kluar result exam.Lalu saya,dalam keadaan baru nak menyesuaikan diri dgn suasana pembelajaran di jamiah,menjadi bertambah kecut perut..Namun alhamdulillah,setelah berhempas pulas belajar selama 1 semester,saya berjaya menafikan kenyataan rakan2 Arab itu.Bila natijah imtihan keluar,saya najah!

Saya sering terfikir,bagaimana insan buta seperti beliau belajar dan mampu cemerlang sehingga mencapai status Profesor Fiqh.Sedangkan pergerakannya ke mana2 pun memerlukan bantuan musa'id (pembantu khas).Walaupun dirinya tak sempurna,beliau cemerlang.Dari peringkat Bachelor hingga Phd beliau cemerlang.Phd beliau mendapat Kepujian Kelas Pertama dari Universiti Ummul Qura,Makkah.

Keadaan yang sama dialami oleh as-Sheikh Prof Dr Fadhal Hasan Abbas,seorang tokoh ulamak tersohor Jordan dalam bidang Tafsir,lulusan Phd Al-Azhar University,juga bekas pengajar di Jabatan Tafsir,University of Jordan. Butanya mata beliau, bukan penghalang untuk beliau mengarang puluhan kitab di bidang Tafsir,juga mengeluarkan barisan ulamak muda yang hebat di bumi Jordan dan seluruh dunia.

Kadang2 saya terfikir,agaknya org buta seperti guru saya ini,punyai hati yang bersih.Bersih dari melakukan maksiat mata.Maka,Allah izinkannya untuk mudah mengingati ilmu yg dipelajari..Berlainan dgn insan sempurna seperti saya,punyai sepasang mata yang tak lepas dari melihat perkara2 maksiat,lalu menghasilkan titik hitam dalam hati,seterusnya menghijabkan diri dari mendapat keberkatan ilmu.."Ilmu itu cahaya,dan ia tidak akan meresapi ke dalam hati2 yang gelap kerana melakukan maksiat'',demikian pesanan al-Waki' kepada Imam as-Syafie...Sama2 kita renungkan..

Sweileh,Amman,Jordan.

Gambar Bersama Guru-guruku di Jordan

Sheikh Prof Dr Muhammad al-Qudhoh

Sheikh Prof Dr Muhammad Hasan Abu Yahya

Sdr.Valon, Sheikh Prof Dr Muhammad Uqlah al-Ibrahim & saya

Sheikh Prof Dr Mustafa al-Bugho (Gambar tengah -di kelas Talaqqi bersama beliau)

Guru Quran saya,Sheikh Taufiq al-Dhomroh

Bersama Prof Dr Ali Sowwa (duduk ke 2 dari kanan) & rakan2 ketika
menghadiri program di MSD JOrdan


Bersama rakan sekelas & Prof Dr Mahmud Soleh Jaabir (ke 3 dari kiri)

Read more...

Mencetak generasi Salahuddin Al-Ayyubi

Ilmu kerohanian yang berkembang seiring amalan kerohanian yang kuat adalah antara ramuan yang perlu diadun dengan harapan masyarakat Islam pada zaman datang akan lebih berupaya menterjemahkan kemenangan sebagai yang dijanjikan Tuhan lewat lidah rasulNya yang mulia.

Hal inilah yang menjadi sebab utama kepada pembebasan di bumi Palestin. Kini, bumi yang masih diratah penjajahan Yahudi Zionis itu masih mengaum kelaparan tanah dan dahagakan darah warga Palestin.

Matlamat umat Islam akhir zaman ini ialah barangkali mengarahkan seluruh kekuatannya ke arah kemerdekaan bumi Palestin tanpa mengesampingkan isu-isu lainnya di selatan Thai, Filipina dan wilayah-wilayah yang lain.

Salah seorang watak pembebasan Palestin yang terkenal adalah Salahuddin al-Ayyubi. Sebenarnya, manusia agung seperti Salahuddin ini tidak muncul mendadak. Ada seseorang berada di belakangnya yang turut memberikan ruang untuk kefahaman diri tentang betapa pentingnya usaha membebaskan bumi Palestin itu.

Manusia yang telah mencetak Salahuddin sebagai wira agung itu bernama Nuruddin Zanki. Pemerintah inilah yang telah pun mengisi ke dalam ruang batinnya untuk memberikan penjelasan kepada Salahuddin agar membebaskan Masjid al-Aqsa.

Riwayat Nuruddin tamat ketika baginda belum sempat menyaksikan kemerdekaan Palestin. Waris Nuruddin, as-Salih Ismail al-Malik masih kecil ketika itu. Dan, waris Nuruddin juga tidak berusia panjang.

Kebangkitan Salahuddin

Sebagai lelaki biasa, Salahuddin dan bala tenteranya pernah tewas di tangan musuh. Hal ini bukanlah suatu keganjilan jika diperhatikan betapa banyaknya pertempuran di yang menyaksikan kekekalahan dalam perang antara umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w sendiri.

Namun kekalahan itu bukan titik noktah bagi watak seperti Salahuddin ini untuk segera menamatkan usaha merebut kembali Palestin. Dalam Perang Montgisard pada 1177, misalnya, bala tentera Islam ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Knights Templar atau dikenali sebagai Tentera Salib.

Namun, selepas tamat Perang Hattin, Salahuddin berjaya merebut kembali hampir kesemua kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib.

Perang Hattin dan kejayaan tentera Islam menawan kembali Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai England melalui cukai khas yang dikenali sebagai 'Cukai Salahuddin'.

Tentera kufar ini tidak berdiam diri. Akhirnya, mereka berjaya menawan semula Acre, dan tentera Islam memerangi semula tentera Raja Richard I dari England (dikenali sebagai Richard The Lion Heart) dalam Perang Arsuf pada 1191.

Baitulmaqdis berada selama 88 tahun dalam genggaman musuh Islam sebelum berpindah ke kuasaan Salahuddin. Kini semenjak 1948 sehingga 2009, daerah yang bergolak ini telah menyaksikan darah pejuang Islam menggelegak selama 61 tahun.

Read more...

Hari-hari terakhir di Jordan...Borong buku!

>> Thursday, July 23, 2009


Klip pok,klip pok,akhirnya saya semakin menghampiri detik terakhir,menjadi pengembara ilmu di bumi Jordan..Sedaq tak sedaq dah hampir 2 tahun saya menjadi penuntut ilmu sepenuh masa.Maka semalam,masa saya dihabiskan dengan mengunjungi kedai2 buku di Abdali dan Balad..

Edisi pencarian kali ini ditemani dua rakan saya yang tak asing lg iaitu Ust Razi dan Ust Muhaimin..depa ni pun student Master jugak,cumanya kami di berada takhassus yang berlainan.Saya di jurusan Fiqh & Usul,manakala mereka berdua ni berada di jurusan Tafsir..Walaupun kami berbeza bidang,namun apa y menyamakan kami adalah,semuanya pakat2 kena tinggai dengan istri.Istilahnya org panggil bujang 'nisbi'..nama ja berkahwin,tp hidup sendirian..adui,mmg kna sabaq sungguh ni..

Menjamu Selera di Mat'am Kaherah

Ust Razi dengan menu 'kawarik'nya


Eh,dok cerita benda lain plk ..Maklumla,lani tengah "naik sheikh" nk jd bloggers.Anyway,berbalik kpd cerita beli kitab td,masuk ja kedai kitab,msg 2 dah jd tak keruan.Sebabnya kitab2 terlalu la byk,membuatkan rasa nak beli semua.kalau blh sekali dengan penjaga kedai pun mau angkat beli skali!Sheikh Ibrahim (penjual Kitab maktabah Dandis) pun tersenyum lebar tgk kami bertiga masuk.apa taknya,nilai harga kitab yg dibeli kadangkala mencecah ribuan ringgit Malaysia.Yalakan, bila pikiaq 2 balik,sementara Allah bg rezeki duit ni, guna betui2 la.lagi pulak nnt bila dah balik Malaysia,susah n mahal plak la klu nak beli ktab yang berjilid2 ni.

Ok,di anatara kitab besar yang saya n Ust Razi beli ialah Tafsir at-Tahrir wa at-Tanwir karangan ulamak kontemporari terkenal dari Algeria,Sheikh Muhammad Thohir Ibn Asyur.Seingat saya banyak lagi kitab karangan beliau yang terkenal seperti kitab Maqasid Syariah (kitab muqarrar utk imtihan syamil Univ of Jordan) .Kitab tafsir at-Tahrir wa at-Tanwir ni merupakan antara rujukan penting dalam memahami uslub Bayani al quran,iaitu diantara I'jaz al-quran yang utama.Seseorang y ada masa baca kitab ni n faham isi kandungannya,insyaallah beliau akan dapat lihat betapa indahnya bahasa a-Quran yang Allah wahyukan kepada Rasulullah,semestinya sebagai panduan hidup ummat Muhammad.

Klu utk pelajaq2 di Jordan ni,antara maktabah (kedai buku) yang sering menjadi tumpuan adalah Maktabah Dandis di Balad,Dar Ibn Jauzi & Dar An-Nafaes di Abdali.Ada byk lagi maktabah di kedua2 tempat ni sebenaqnya,tp saya hanya sebutkan y famous ja na.

Saya,Sheikh Ibrahim dan Hasyim di Maktabah Dandis


Rakan saya Ust Muhaimin & Ust Razi


Erm,cukup takat ni dulu,saya pun tak berniat nak jadikan blog ni medan catatan diari saya.Entri ni saja ja syoq2 tulis..Insyaalah kalau ada apa2 yang bermanfaat utk dikongsi bersama,kita kongsi ek..

wassalam

Amman, 6.10 pagi

Read more...

>> Tuesday, July 21, 2009

Assalamualaikum..saya dengan ini mengisytiharkan secara rasminya,penerjunan bebas penuh bergaya saya sebagai penjelajah alam maya..diharapkan blog ini akan menjadi wadah untuk perkongsian ilmu,cetusan idea,perintis dan penguat ukhuwah sesama hamba Allah..Selamat berkunjung kepada tetamu2 sekalian..

Read more...

Membuka diari hidup sebagai penjelajah alam maya

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP