Menanti Tibanya Tetamu Yang Tidak Diundang...

>> Friday, July 31, 2009



'Allahuakbar allahuakbar,Laailahaillah...' Muazzin menghabiskan hembusan nafasnya ketika melaungkan azan kedua Jumaat di masjid sebentar tadi..Sebaik muazzin menyelesaikan tugasannya,Sheikh Jamal,imam pertama Masjid Abdul Rahman Auf mula melangkah kaki ke atas mimbar..Para jemaah yang memenuhi segenap ruang rumah Allah itu mula mengarahkan pandangan kepada beliau,seorang khatib yang begitu bersemangat ketika berkhutbah.. Kerap kali saya memerhatikan gaya penyampaian beliau setelah hampir 2 tahun saya menghabiskan umur di bumi Jordan..Gaya penuh semangat! Tanpa membawa sebarang teks khutbah,hanya berbekalkan ilmu di dada,tanpa memegang tongkat 'berkepala' kubah masjid, beliau memulakan khutbah dengan tenang tetapi bernada semangat..Suatu keadaan yang pastinya berbeza dengan cara penyampaian khutbah di Malaysia di mana lazimnya khutbah yang disampaikan terikat kepada isi teks khutbah,penuh kawalan,bimbang seandainya khatib membicarakan hal2 berkaitan isu2 sensitif walaupun ianya suatu kebenaran..
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Demikianlah ayat yang beliau bacakan sebentar tadi,yang bermaksud :

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari Qiyamah sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,dia meperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.." (ali Imran :185)

Sebaik melangkah keluar dari masjid,ayat ini terus memenuhi benak fikiran saya..Kematian..Ya,saat kematian yang begitu menggentarkan..Bagi insan2 yang begitu sedikit amalan soleh di sisi Allah,seperti saya.Kadangkala indeks parameter Iman meningkat dengan rahmat Allah,dan seringkali ia menurun dek dilalaikan dengan tipudaya dunia..Seperti yang selalu dibicarakan dalam ilmu Aqidah," al-Iman yazid wa yanqus".


Kematian itu..datangnya tidak pernah diduga..Apabila datangnya perintah Allah supaya dicabut roh, tiada siapa yang dapat menangguhkan atau mempercepatkan sekalipun tempohnya sesaat cuma.Ada orang yang mati ketika sedang menyampaikan ilmu Allah,ada yang mati sedang sujud,tidak kurang yang mati sejurus selepas mencuri dan berzina..Bagaimana andai ia datang sewaktu diri saya sedang bergulang dengan maksiat kepada Allah?Tanpa bekal amalan secukupnya?Ya Allah...

Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam benih-benih kebajikan,manakala hasilnya berupa pahala akan kita tuai di akhirat nanti..Masakan akan adanya buah, seandainya kebun kita gersang,tiada pepohon subur yang hidup. Dan mana mungkin dapat dituai buah yang lebat seandainya pokok yang ditanam itu kurus dan tidak cukup baca..Maka inilah umpamanya amalan kebajikan yang kita lakukan di dunia.Perlu dibuat penuh keikhlasan kerana Allah,tanpa mengharapkan redho manusia berupa pujian dan habuan keduniaan..

Kejayaan Hakiki Seorang Hamba

Seperti disebutkan juga oleh Sheikh Jamal tadi, kejayaan hakiki itu bukan diukur dengan adanya harta bertimbun,anak yang berdozen-dozen, mendapat kecemerlangan dalam akademik atau punyai rangkaian bisnes bernilai jutaan ringgit.Bukan itu! Tetapi kejayaan hakiki seorang hamba Allah adalah tatkala ia dilepaskan dari azab neraka dan berjaya memasuki syurga Allah dengan rahmatNYA di akhirat nanti..

Fikiran saya menerawang lagi mengenangkan beberapa rakan sepersekolahan yang telah pun pergi menghadap Ilahi..Mereka seusia saya,masih muda belia,namun ajal tidak mengenal usia..muda atau tua semuanya akan mati bila-bila masa..Alhamdulillah di saat ini saya masih lagi bernafas..namun entah bila pula akan tibanya giliran saya,menemui ajal.Semoga mati kita semua dalam husnul khatimah..AMIN


Sweileh,Amman






0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP