Meratapi Episod Sebuah Larangan...

>> Tuesday, July 28, 2009



Suara azan dari corong menara Masjid Abdul Rahman Ibn Auf, Sweileh sayup-sayup kedengaran.Menjadi suatu fenomena biasa di seluruh Amman,Jordan, laungan azan akan berkumandang serentak berdasarkan azan radio..Di sini,muazzin hanya bertindak sebagai pembuka radio sahaja di samping tugas2 memastikan kelancaran sound system masjid.Ketika mula-mula menjejakan kaki di bumi Jordan,fenomena ini agak janggal bg saya..Masakan tidak,di Malaysia,kelunakan suara original muazzin yang didengari.Namun kini,keadaan ini sudah biasa bg saya di sini.Tidak mengapa,mungkin ada maslahahnya sehingga dibuat qarar sebegitu oleh Wizarah Auqaf Jordan.

Mengambil nama seorang tokoh sahabat agung Rasulullah, Abd Rahman Ibn Auf ,masjid ini terletak di tengah2 komuniti bangsa Palestin yang diusir keluar dari tanah air mereka setelah pencerobohan besar-besaran oleh tentera Israel pada tahun 1967..Mereka melarikan diri ke Jordan.Dahulunya,Sweileh ini hanyalah sebuah mukhayyam (kem berbentuk khemah) yang didirikan di tengah2 tanah tandus.Namun,setelah populasi penduduk semakin berkembang biak,rumah2 berbentuk bangunan batu dalam binaan 'ala kadar' mengambil alih khemah2 pelarian ini..Demikian mengikut cerita beberapa sheikh 'veteran' di sweileh yg sempat saya sembang2.

Fungsi Masjid Yang Disekat

Sahabat saya,Ust Yusrizal pernah bercerita,sewaktu Sweileh ini diwakili oleh wakil rakyat dari Jubhah A'mal Islami (dibawah naungan Ikhwan),suasana ilmu di masjid ini hidup.Ketenangan dan kedamaian amat dirasai apabila biah Islamiyah mengisi ruang hidup masyarakat yang terlalu dahagakan ilmu2 Allah.Ulamak2 hebat seperti Dr Humam Sai'd & Dr. Solah Ad Fattah al-Khalidi menjadi ikon pakar rujuk masyarakat.Kuliyah2 agama memenuhi waktu kosong di antara maghrib & isyak saban hari.Namun kini,keadaan itu telah bertukar menjadi sebuah memori yg entah bila akan muncul kembali..Kejahilan mula melatari jiwa2 penduduk lantaran tiada lg program pengisian & pembentukan rohani.

Dalam usaha membendung sokongan terhadap Jubhah Amal Islami yg kian meningkat, pihak kerajaan Jordan mengambil keputusan menyekat ruang2 utk menyampaikan dakwah kpd masyarakat.Ulamak2 Ikhwan tidak lg dibenarkan menyampaikan kuliyah di masjid2 seluruh Jordan,hatta di rumah mereka sendiri.Tersilap langkah,mereka blh merengkok dalam penjara,hasil risikan dr Mukhabarat (SB) Jordan.

Senario di atas mengingatkan saya kepada kata2 Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya : (KENAPA ISLAM?),tentang Islam yang semakin dinafikan haknya,walaupun di dalam masjid!Manakan tidak,bicara seorang khatib di atas mimbar masjid pun perlu ditapis2 .Bimbang andainya ada fakta2 sensitif yang blh menggugat pengaruh pemerintah,sekalipun ia suatu kebenaran.

Demikian keadaan yang berlaku di sebuah negara yang penduduknya hampir 100% Muslim..Kalaulah di dalam masjid pun Islam dinafikan haknya,apatah lg di luar masjid..Hakikatnya,formula2 sekular dlm pelbagai bidang yg terbukti kegagalannya lbh disukai oleh umat Islam akhir zaman..

Semoga Allah memberi kemenangan kepada kumpulan2 yang ikhlas dalam menegakkan agamanya.Amin..

Sweileh, Jordan


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP